Thursday, July 30, 2009

Selamat Datang

Assalamualaikum..

Selamat Datang dan Salam Sejahtera, saya ucapkan kepada semua warga Paya Jaras.
Ini merupakan satu lagi langkah untuk mengeratkan hubungan diantara Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras dengan rakyat.

Dengan terhasilnya laman blog Dun Paya Jaras ini, ianya akan memberikan info terkini aktiviti yang akan dianjurkan oleh Pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras untuk masyarakat setempat.

Sebagai sebuah agensi kerajaan negeri, kami akan berusaha dengan gigih untuk membantu rakyat yang memerlukan pembelaan. Kami memerlukan nasihat dan teguran membina dari tuan-tuan dan puan-puan untuk melancarkan lagi operasi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras.

Sekian, Terima Kasih.

POLITIK PEMBANGUNAN RAKYAT

MOHD KHAIRUDDIN BIN HJ. OTHMAN
Pengarah,
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras

No comments:

Post a Comment