Friday, July 31, 2009

Al-Fatihah untuk YB Dato Ustaz Hamdan Abdul Rahman


Kami mewakili semua Warga Kerja Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Y.B Datuk Hamdan Abdul Rahman, ADUN Permatang Pasir. Beliau dilaporkan telah kembali ke Rahmatullah pada 6.30 pagi ini akibat kegagalan fungsi jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Allahyarham YB Dato Hamdan Abdul Rahman amat terkenal di dalam kawasan Permatang Pasir kerana keramahan dan sifat santun kepada semua lapisan masyarakat di DUN Permatang Pasir. Tidak hairanlah jika semua masyarakat berbilang kaum dan agama di Permatang Pasir menangisi pemergian beliau. Para pimpinan PAS menganggap kematian beliau sebagai kehilangan yang tidak ternilai kepada PAS dan hilangnya mutiara yang tidak ternilai kepada masyarakat Permatang Pasir dan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, dan terbukti beliau adalah pemimpin yang rapat dengan rakyat dan sumbangan beliau dalam mendidik masyarakat setempat di Permatang Pasir tidak dapat dinafikan.

Bagi mewakili Warga Kerja Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras, kami mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beramal salih.

Al-Fatihah.

"Politik Pembangunan Rakyat"

Mohd Khairuddin Hj. Othman
Pengarah,
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras.

No comments:

Post a Comment